Meena Ira
Diary Owner Links Stuff


Welcome

Jemput masuk dan baca entri
 Thanks for Visit

Tabung Duit

 Klik satu , Thank you so much . *tunggu habis loading :)
       
Flashback


Chatboard


leave me a message

Follower

Persawat AirAsia Hilang lagi !??
28.12.14 | 0 Miku(s)



Pesawat AirAsia QZ8501 dengan 155 penumpang dan 7 anak kapal dalam perjalanan ke Singapura terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara selepas meninggalkan Surabaya pagi ini, menurut pihak berkuasa Indonesia.
Selepas MH370 hilang dan MH17 terhempas.. Satu lagi berita menyedih kan , QZ8501 hilang dan tidak dapat dikesan ..

Pesawat AirAsia Indonesia itu hampir separuh jalan dari lokasi ia berlepas menuju destinasinya di Singapura apabila ia dilaporkan hilang, Reuters memetik seorang pegawai pengangkutan Indonesia sebagai berkata.

Ia terletak di antara pelabuhan Tanjung Pandan, Indonesia dan bandar Pontianak, di Kalimantan Barat, kepulauan Borneo, ketika hilang, pengarah pengangkutan udara Kementerian Pengangkutan Indonesia Joko Muryo Atmodjo memberitahu sidang media.

Pesawat itu sedang terbang pada 32,000 kaki tinggi dan minta keizinan terbang pada 38,000 kaki untuk mengelakkan awan, katanya.

Pesawat jenis Airbus A320-200 itu meninggalkan Surabaya jam 5.20 pagi waktu Indonesia (6.20 pagi waktu Malaysia) dan terputus hubungan di ruang udara Kalimantan, menurut laporan media awal hari ini.

Reuters memetik Hadi Mustofa dari Kementerian Pengangkutan Indonesia mengatakan pesawat itu putus hubungan dengan Jakarta pada jam 6:17 pagi waktu tempatan.

Ia dilaporkan meminta kebenaran menggunakan laluan "di luar kebiasaan."

Kapal terbang itu dijadualkan tiba di Singapura jam 8:30 pagi waktu Singapura (0030 GMT). Laman web lapangan terbang Singapura mencatatkan status penerbangan itu sebagai "ditangguh."

Skrin menunjukkan demografik penumpang dari pesawat Airbus A320 yang hilang pagi ini. – Gambar Facebook, 28 Disember, 2014.AirAsia Indonesia, melalui Twitter, mengesahkan yang pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura putus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara jam 7.24 pagi ini.

"Pada waktu ini, kami tiada maklumat lanjut berhubung status penumpang dan anak kapal terbabit, tetapi kami akan terus memaklumkan semua pihak sebaik maklumat diperolehi," katanya.

Katanya, pesawat itu ialah jenis Airbus A320-200, dengan nombor pendaftaran PK-AXC.

"Pada masa ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Indonesia. AirAsia Indonesia sedang bekerjasama sepenuhnya dan membantu siasatan dengan apa sahaja cara yang termampu.

"Pesawat itu berada di pelan laluan penerbangan yang asal tetapi minta dilencongkan kerana faktor cuaca sebelum komunikasi dengannya terputus semasa ia masih di bawah kawalan pusat kawalan trafik udara Indonesia," menurut kenyataan dari AirAsia.

Katanya, pesawat itu sudah melalui penyenggaraan mengikut jadual pada 16 November.

Dalam reaksi pertamanya melalui Twitter pada jam 12.52 tengahari, ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berterimakasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.

"Thank you for all your thoughts and prayers. We must stay strong (Terima kasih atas semua ingatan dan doa. Kita mesti terus tabah)," beliau menulis tweet, sambil mengatakan akan membuat kenyataan tidak lama lagi.

Penumpang terdiri dari 138 dewasa, 16 kanak-kanak dan seorang bayi. Anggota kabin pula dua juruterbang, empat anak kapal dan seorang juruteknik.

Terdapat 149 rakyat Indonesia, tiga warga Korea Selatan, seorang Singapura, seorang British, seorang Perancis dan seorang lagi rakyat Malaysia.

Kompas.com melaporkan juruterbang pesawat itu ialah Captain Irianto dan Emmanuel Plesel sebagai pembantu juruterbang.

Anak kapal terdiri daripada Wanti Setiawati, Khairunisa Haidar Fauzi, Oscar Desano, Wismoyo Ari Prambudi dan Saiful Rakhmad.

Pengarah komunikasi udara Kementerian Penerangan Indonesia Djoko Murjatmodjo dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Sementara itu, agensi mencari dan menyelamat Indonesia dalam satu kenyataan di laman webnya mengatakan, ia menerima laporan pada jam 7.30 pagi waktu tempatan yang hubungan terputus dengan pesawat AirAsia itu berhampiran Teluk Kumai pada jam 6.17 pagi.

Koordinat terakhir diketahui ialah pada 03 09 15 S – 111 28 21 E dan ia sepatutnya memasuki ruang udara Singapura pada 6.52 pagi waktu tempatan.

Katanya, ia menghubungi rakan sejawat di bandar lain di Indonesia seperti Pangkalpinang, Jambi, Tanjungpinang, Palembang, Pontianak, Jakarta, Banjarmasin dan Lampung bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Kompas.com melaporkan pesawat itu putus hubungan di udara Kalimantan. – 28 Disember, 2014.


Sumber : themalaysianinsider


OLDERNEWER