Meena Ira
Diary Owner Links Stuff


Welcome

Jemput masuk dan baca entri
 Thanks for Visit

Tabung Duit

 Klik satu , Thank you so much . *tunggu habis loading :)
       
Flashback


Chatboard


leave me a message

Follower

Mr Brain in Kpop World
20.1.15 | 1 Miku(s)


Cakap pasal idol lelaki korea , selain berwajah kacak mereka juga pandai menyanyi , menari dan berlakon . Kebanyakan mereka jugak mempunyai IQ yang tinggi ! Tak percaya ? Berikut adalah bukti-buktinya ^^


Jung Il Woo

Kecerdasan : * * *
Keragaman : * * * *

Jung Il Woo berasal dari keluarga ternama. Datuknya adalah pengarah Hospital Besar dan juga panel kepada presiden Korea Selatan , manakala ibunya pula adalah pengarah pusat penyelidikan tekstil di Korea University dan juga profesor di sekolah kebudayaan Korea. Mewarisi gen pintar daripada kedua ibu bapanya , Jung Il Woo bukan sahaja cerdik , tapi dia juga pandai belajar. Pada zaman sekolah , dia merupakan pengerusi persatuan pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti sukarela.

Song Joong Ki

Kecerdasan : * * * *
Keragaman : * * * * *

Dari CF, drama , filem hinggalah ke variety show , Song Joong Ki begitu menonjol dalam pelbagai bidang. Ketika masih belajar di universiti Sungkyunkwan, dia bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah memenangi tempat kedua dalam pertandingan kuiz. Selain pandai belajar, dia juga pandai bersukan.

Yeo Jin Goo

Kecerdasan : * * *
Keragaman : * * *

Selain pandai berlakon , Yeo Jin Goo juga pandai belajar. Di mata guru , dia seorang pelajar teladan kerana mendapat tempat ke-50 di seluruh sekolah di Korea. Sebagai timbalan pengerusi persatuan pelajar , dia telah merakam sebuah video promosi untuk sekolahnya.

Tablo ( Epik High )

Kecerdasan : * * * * *
Keragaman : * * *

Tablo merupakan lulusan universiti terkemuka dari Amerika, Stanford University. Dia hanya mengambil masa 3 1/2 tahun untuk mendapat ijazah. Andainya seseorang ber-IQ setinggi 170 mampu menjawab 1 soalan dalam masa 20 saat, maka Tablo berupaya menjawab 1 soalan dalam 1 saat ! Tablo juga fasih berbahasa Inggeris .

Nickhun (2PM)

Kecerdasan : * * * *
Keragaman : * * * * *

Selain digelar sebagai KPOP Star , dia juga pandai menari. Cakap pasal penampilan , tubuhnya begitu fit. Selain pandai berbahasa Thai dan Korea , Nickhun juga fasih berbahasa Inggeris kerana Nickhun dilahirkan di California tetapi dia berwarganegara Thailand. Nickhun juga berasal dari sekolah bangsawan yang sama dengan putera England. Kalau Nickhun bukan Mr. BRAIN , awak percaya ke ?

Kyuhyun (Super Junior)

Kecerdasan : * * *
Keragaman : * * * * *

Kyuhyun berjaya mendapat keputusan cemerlang dan diterima masuk ke universiti terkenal di Korea , Kyung Hee University. Walaupun ketagih dengan permainan video , tetapi dia tetap berjaya mendapat keputusan cemerlang di sekolah.

Lee Seung Gi

Kecerdasan : * * *
Keragaman : * * *


Lee Seung Gi digelar sebagai 'Black Hole' dalam variety show <One night and 2 days> , padahal dia paling cerdik di antara semua MC , terutamanya dalam menjawab soalan kuiz. Ketika di sekolah menengah , Lee Seung Gi juga merupakan pengerusi persatuan pelajar.


OLDERNEWER