Meena Ira
Diary Owner Links Stuff


Welcome

Jemput masuk dan baca entri
 Thanks for Visit

Tabung Duit

 Klik satu , Thank you so much . *tunggu habis loading :)
       
Flashback


Chatboard


leave me a message

Follower

Cara Perjagaan Haiwan Perliharaan
26.4.15 | 0 Miku(s)




Pastikan ‘ahli keluarga’ anda ini mempunyai keperluan makanan yang sesuai – cukup dengan nutrien yang diperlukan. Cuba untuk membeli makanan haiwan peliharaan anda dengan betul agar ‘mereka’ ini sihat dan sentiasa bertenaga. Baca setiap label kandungan pemakanan yang sesuai dengan haiwan peliharaan anda. Sediakan tempat makanan, letak dalam bekas. Kalau boleh elakkan haiwan peliharaan anda makan di meja makan, takut masalah hygiene di kalangan keluarga lain.
Bila punya masa, bawa haiwan peliharaan anda berjalan-jalan. Ini merupakan masa yang baik untuk ‘mereka’ ini bersenam di samping mengimarakkan lagi hubungan anda berdua.
Berikan haiwan peliharaan anda mandi sekurang-kurangnya sekali setiap beberapa minggu. Jika anda bawa kesayangan anda ke rawatan doktor haiwan temapatan, anda boleh minta mereka mandikan kesayangan anda – dengan cara itu anda tidak berakhir dengan sejuta calar pada anda. Terdapat juga syampu khas yang anda boleh digunakan pada haiwan kesayangan anda. Kena sentiasa ada tuala kecil bersama.
Jika anda punya anjing, pastikan untuk memotong kuku setiap dua bulan atau lebih. Supaya tiada sebarang cakaran di dalam rumah, anda boleh laburkan wang ringgit untuk proses penjagaan malahan juga anda juga boleh mengajar ‘mereka’ untuk tidak rosakkan segala barang di dalam rumah. Ajar ‘mereka’ apa yang boleh dan tidak boleh lakukan ketika di dalam rumah. Dengan itu, anda tidak dengar lagi bebelan ibu anda dengan keadaan di rumah. Mudah!
Sama seperti anda perlu pergi berjumpa doktor untuk rawatan atau sebarang pemeriksaan bagi pastikan diri sihat, lakukan perkara yang sama pada kesayangan anda. Bawa jumpa doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjutan. Oleh kerana ‘mereka’ tidak boleh bercakap, kadang-kadang memerlukan orang untuk mengetahui jika ‘mereka’ dalam keadaan baik atau sebaliknya.
Berikan permainan kepada haiwan peliharaan anda. Pergi ke taman bersama anjing anda, main Frisbee atau bola apa sekalipun asalkan ‘mereka’ bergerak. Jika anda mempunyai kucing, pergi ke kedai haiwan peliharaan dan cuba dapatkan barang permainan untuk kucing anda. Dan jangan terkejut jika kucing anda tidak sukakan permainan yang anda pilih. Teruskan mencuba!
Paling penting, menghabiskan masa dengan haiwan kesayangan anda. Biarkan ‘mereka’ tahu anda menyayangi ‘mereka’, dan ‘mereka’ akan pastikan untuk mencintai anda kembali, ditambah sentiasa peka untuk memberikan rawatan, ‘mereka’ akan menyukai anda. 


OLDERNEWER