Meena Ira
Diary Owner Links Stuff


Welcome

Jemput masuk dan baca entri
 Thanks for Visit

Tabung Duit

 Klik satu , Thank you so much . *tunggu habis loading :)
       
Flashback


Chatboard


leave me a message

Follower

Kisah Pelancong Malaysia Menyelamatkan Diri Di Nepal
3.5.15 | 0 Miku(s)

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bencana gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang menimpa Nepal benar-benar mengejut seluruh dunia.
Apatah lagi, lebih 5000 nyawa dilaporkan terkorban dan rumah kediaman serta bangunan hancur musnah dalam tragedi hitam ini.
Dalam pada itu, kami cukup tertarik mendengar pengalaman seorang rakyat Malaysia, Muazammil Mamat ketika berhadapan detik-detik cemas untuk menyelamatkan diri ketika gempa bumi berlaku.
gempa-dahsyat-7-7-sr-di-nepal-gedung-gedung-ambruk-1Empengalaman-gempa-bumi-di-nepal-3
Muazammil atau lebih senang disapa, Meng Mahawangsa merupakan seorang pengembara yang sedang melakukan dokumentasi khas di Nepal.
Ikuti kisah Meng Mahawangsa…
Perasaan saya amat gementar kerana melihat ruang bangunan saya bergerak kanan kiri terhuyung-hayang dan selepas seminit bergetar saya rasa saya akan mati kerana getaran yang kuat dan rasanya tak henti-henti.
Saya dengar jeritan yang banyak dari luar hostel saya. Dan saya terus keluar dari bangunan ke kawasan lapang tapi kawasan di bangunan rapat-rapat. Saya ikut crowd yang banyak berlindung di bawah satu bangunan yang seakan-akan kukuh.
Keadaan di Nepal agak kesian. Melihat penduduk tempatan yang duduk di kawasan padang ketakutan kelaparan dan malam kelmarin hujan. Gempa susulan berlaku banyak kali tetapi kekerapan semakin kurang.
Semalam sahaja ade berlaku sekali pada 10 malam. Saya di airport tunggu Mercy datang. Semua berkeliaran kelam kabut lari pergi ke ruang terbuka di depan airport.
Semalam saya pergi ke tempat pembakaran mayat. Sejak gempa bumi lebih 100 mayat dibakar setiap hari.
Untuk makluman anda, Meng masih lagi berada di Nepal bagi menghulurkan bantuan bersama pihak Mercy di sana.
Meskipun sedang dalam misi pengembaraan, keprihatinan Meng dalam menghulurkan bantuan wajar dicontohi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE
Sumber: The Vocket


OLDERNEWER